M+Global Referral Campaign

Terma & Syarat

Berkuat kuasa 1 November 2026

1. Maklumat Umum dan Tempoh Kempen

1.1 M+Global Referral Campaign ("Kempen") dianjurkan oleh Malacca Securities Sdn. Bhd. ("MSEC") dan terbuka kepada Perujuk yang Layak seperti yang ditakrifkan di bawah Klausa 2.

1.2 Kempen ini akan berlangsung mulai 1 November 2026 (Waktu Malaysia) hingga 30 November 2026, jam 11:59 malam (Waktu Malaysia), termasuk kedua-dua tarikh tersebut ("Tempoh Kempen"), atau bagi tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh MSEC.

1.3 Dengan menyertai Kempen ini, Perujuk yang Layak bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini, Perjanjian Pelanggan M+Global yang berkenaan, terma akaun serta terma-terma lain yang terpakai kepada akaun dagangan M+Global pengguna tersebut.

1.4 Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma dan Syarat ini dengan mana-mana bahan promosi, Terma dan Syarat ini akan diguna pakai.

2. Kelayakan

2.1 Kempen ini terbuka kepada pengguna M+Global sedia ada yang memenuhi semua syarat berikut sepanjang Tempoh Kempen ("Perujuk yang Layak"):

(a) mempunyai akaun M+Global yang sah dan aktif;

(b) merupakan pengguna M+Global sedia ada sebelum membuat rujukan kepada Rakan yang Dirujuk;
(c) berjaya merujuk pengguna baharu melalui mekanisme rujukan yang ditetapkan oleh MSEC; dan
(d) mematuhi Terma dan Syarat ini serta semua terma akaun yang berkenaan.

2.2 Rakan yang Dirujuk mestilah pengguna baharu yang tidak mempunyai sebarang akaun dagangan sedia ada dengan MSEC sebelum Tempoh Kempen.

2.3 Rakan yang Dirujuk tidak layak menerima sebarang ganjaran di bawah Kempen Rujukan ini. Walau bagaimanapun, Rakan yang Dirujuk mungkin layak menyertai Kempen M+Global Headstart, tertakluk kepada terma dan syarat Kempen Headstart tersebut.

2.4 Bagi mengelakkan sebarang keraguan, pengguna M+Global sedia ada yang telah mendaftar akaun sebelum Tempoh Kempen boleh menyertai Kempen ini sebagai Perujuk yang Layak, dengan syarat pengguna tersebut memenuhi semua keperluan kelayakan di bawah Terma dan Syarat ini.

2.5 MSEC berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana pengguna yang akaunnya telah ditutup, digantung, dibekukan, dikenakan sekatan, tidak berada dalam kedudukan yang baik, atau mempunyai kaitan dengan sebarang aktiviti yang disyaki sebagai penipuan, menyalahi undang-undang, penyalahgunaan, manipulasi atau tindakan dengan niat tidak baik berkaitan dengan Kempen ini atau mana-mana produk atau perkhidmatan MSEC.

3. Mekanisme Kempen

3.1 Perujuk yang Layak boleh menyertai Kempen ini dengan merujuk pengguna baharu untuk membuka akaun M+Global melalui pautan jemputan atau kod rujukan yang dikaitkan dengan akaun M+Global Perujuk yang Layak tersebut.

3.2 Untuk melayakkan diri menerima Ganjaran Kempen, Rakan yang Dirujuk mestilah berjaya membuka akaun M+Global melalui pautan jemputan Perujuk yang Layak atau dengan menggunakan kod rujukan yang berkaitan dalam Tempoh Kempen, serta melengkapkan tindakan kelayakan yang berkenaan dalam Tempoh Kempen.

3.3 “Deposit yang Layak” bermaksud deposit tunggal pertama yang berjaya dibuat oleh Rakan yang Dirujuk ke dalam akaun M+Global miliknya sepanjang Tempoh Kempen. Deposit tersebut mestilah berjaya dikreditkan dan tidak ditolak, dibalikkan atau terbatal atas apa-apa sebab lain. Deposit yang dibuat selepas Tempoh Kempen tidak akan melayakkan Rakan yang Dirujuk untuk menerima sebarang ganjaran deposit.

3.4 Ganjaran deposit yang berkenaan akan ditentukan semata-mata berdasarkan jumlah Deposit yang Layak pertama oleh Rakan yang Dirujuk. Deposit seterusnya tidak akan diambil kira.

4. Ganjaran Kempen

Tindakan Kelayakan Rakan yang DirujukGanjaran Kempen untuk Perujuk
Berjaya membuka akaun M+GlobalBaucar tunai RM10
Deposit pertama minimum RM1,000Baucar tunai RM20
Deposit pertama minimum RM5,000Baucar tunai RM30

4.1 Ganjaran Kempen diberikan kepada Perujuk yang Layak yang memenuhi syarat kelayakan sepanjang Tempoh Kempen.

4.2 Bagi setiap Rakan yang Dirujuk, Perujuk yang Layak boleh menerima ganjaran pembukaan akaun sebanyak RM10 dan hanya satu ganjaran deposit yang berkenaan, berdasarkan jumlah Deposit yang Layak pertama oleh Rakan yang Dirujuk. Ganjaran deposit bagi setiap peringkat tidak boleh digabungkan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk contoh situasi kelayakan di bawah Klausa 6.

4.3 Jumlah terkumpul Ganjaran Kempen bagi setiap Perujuk sepanjang Tempoh Kempen adalah terhad kepada maksimum RM2,000.

5. Penunaian Ganjaran

5.1 Ganjaran Kempen yang berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun M+Global Perujuk yang Layak dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas tindakan kelayakan yang berkaitan berjaya diselesaikan dan disahkan oleh MSEC.

5.2 Ganjaran Kempen tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada ganjaran lain.

6. Contoh Situasi Kelayakan

Contoh SituasiKeputusan
Rakan yang Dirujuk berjaya membuka akaun M+Global tetapi tidak membuat sebarang Deposit yang Layak.Perujuk yang Layak akan menerima baucar tunai RM10.
Rakan yang Dirujuk berjaya membuka akaun M+Global dan membuat deposit pertama kurang daripada RM1,000 ke dalam akaun M+Global miliknya.Perujuk yang Layak akan menerima baucar tunai RM10 kerana Rakan yang Dirujuk telah berjaya membuka akaun M+Global tetapi tidak memenuhi syarat minimum deposit pertama sebanyak RM1,000 untuk menerima tambahan baucar tunai RM20.
Rakan yang Dirujuk berjaya membuka akaun M+Global dan membuat deposit pertama sebanyak RM1,000 ke dalam akaun M+Global miliknya.Perujuk yang Layak akan menerima jumlah RM30, iaitu RM10 bagi pembukaan akaun yang berjaya dan RM20 bagi deposit yang layak.
Rakan yang Dirujuk berjaya membuka akaun M+Global dan membuat deposit pertama sebanyak RM4,999 ke dalam akaun M+Global miliknya.Perujuk yang Layak akan menerima jumlah RM30, iaitu RM10 bagi pembukaan akaun yang berjaya dan RM20 bagi deposit yang layak.
Rakan yang Dirujuk berjaya membuka akaun M+Global dan membuat deposit pertama sebanyak RM5,000 ke dalam akaun M+Global miliknya.Perujuk yang Layak akan menerima jumlah RM40, iaitu RM10 bagi pembukaan akaun yang berjaya dan RM30 bagi deposit yang layak.
Rakan yang Dirujuk membuat deposit pertama sebanyak RM1,000 dan kemudiannya membuat deposit tambahan sebanyak RM4,000 dalam Tempoh Kempen.Perujuk yang Layak akan menerima jumlah RM30. Kedua-dua deposit yang berasingan tersebut tidak akan digabungkan untuk melayakkan Rakan yang Dirujuk menerima ganjaran deposit RM5,000.
Pengguna M+Global sedia ada dirujuk oleh Perujuk yang Layak sepanjang Tempoh Kempen.Individu tersebut tidak layak dianggap sebagai Rakan yang Dirujuk di bawah Kempen ini, dan Perujuk yang Layak tidak akan menerima sebarang Ganjaran Kempen bagi rujukan tersebut.

7. Pengesahan, Pembatalan Kelayakan dan Penarikan Balik Ganjaran

7.1 Rekod transaksi dan akaun MSEC akan digunakan untuk menentukan kelayakan Kempen, masa transaksi deposit, peringkat ganjaran dan status penunaian ganjaran.

7.2 Sekiranya MSEC mendapati bahawa seseorang pengguna tidak memenuhi syarat kelayakan, ganjaran telah dikreditkan secara tersilap, atau pengguna telah melanggar Terma dan Syarat ini, MSEC berhak untuk menolak pemberian, membatalkan, membetulkan, melaraskan atau menuntut semula Ganjaran Kempen tersebut, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan terma akaun yang berkenaan.

7.3 Tanpa mengehadkan hak MSEC, MSEC berhak membatalkan kelayakan seseorang pengguna sekiranya MSEC secara munasabah mendapati bahawa:

(a) pengguna tersebut tidak mematuhi Terma dan Syarat ini atau terma akaun yang berkenaan;

(b) pengguna telah mengganggu, mengubah suai atau cuba memanipulasi Kempen, proses kelayakan, peranti, akaun, transaksi deposit atau proses pemberian ganjaran;

(c) pengguna telah terlibat dalam sebarang tindakan penipuan, ketidakjujuran, menyalahi undang-undang, penyalahgunaan atau tindakan dengan niat tidak baik untuk mendapatkan kelebihan yang tidak adil;

(d) transaksi deposit telah dibalikkan, tidak sah, bukan daripada sumber yang diterima atau gagal memenuhi proses pengesahan MSEC atas sebab lain; atau

(e) akaun pengguna telah digantung, dikenakan sekatan, ditamatkan atau selainnya tidak layak untuk menerima ganjaran.

8. Perubahan, Penggantungan, Pelanjutan atau Penamatan Kempen

8.1 MSEC berhak, tertakluk kepada undang-undang, peraturan dan kelulusan dalaman yang berkenaan, untuk meminda, menggantung, melanjutkan, menarik balik atau menamatkan Kempen ini atau Terma dan Syarat ini, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian.

9. Pendedahan Pelaburan dan Pengiklanan

9.1 Penyertaan dalam Kempen ini dan penerimaan Ganjaran Kempen tidak merupakan nasihat pelaburan, tawaran, syor atau pelawaan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana sekuriti.

9.2 Pelaburan melibatkan risiko. Harga dan nilai sekuriti boleh meningkat atau menurun dan pelabur mungkin mengalami kerugian. Prestasi lampau bukan petunjuk kepada prestasi masa hadapan.

10. Data Peribadi dan Publisiti

10.1 Data peribadi akan dikumpul, diproses dan digunakan selaras dengan notis atau dasar privasi MSEC yang berkenaan serta bagi tujuan yang berkaitan secara munasabah dengan pengurusan, pengesahan, penunaian dan komunikasi berhubung Kempen ini.

10.2 Sebarang penggunaan nama, imej, video, testimoni atau kandungan lain milik peserta untuk tujuan publisiti hendaklah tertakluk kepada keperluan persetujuan dan privasi yang berkenaan.

11. Liabiliti dan Isu Teknikal

11.1 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, MSEC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan atau kegagalan yang disebabkan oleh kejadian di luar kawalan munasabah MSEC, termasuk gangguan sistem, telekomunikasi, infrastruktur pasaran atau perkhidmatan pihak ketiga.

11.2 Tiada apa-apa dalam Terma dan Syarat ini yang mengecualikan atau mengehadkan liabiliti yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan di sisi undang-undang.

11.3 MSEC tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kenyataan tidak tepat mengenai Kempen ini yang dibuat oleh pihak ketiga tanpa kebenaran. Pengguna hendaklah merujuk kepada saluran rasmi M+Global dan Terma dan Syarat ini.

12. Maklumat Am

12.1 Terma dan Syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah-mahkamah di Malaysia..

12.2 Sekiranya Terma dan Syarat ini disediakan dalam bahasa lain dan terdapat sebarang percanggahan antara versi bahasa tersebut, versi Bahasa Inggeris akan diguna.

12.3 Terma dan Syarat ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.